Forever Young

Sunday 4 March 2012 ? 0 Atashinchi ?

Dlm x sdar , kta sbnrny dh amalkn double stndrd .. Kta follow blog t'tentu dgn hrpn akn bc blog t'sebut hari2 .. tp yg kta yg dh sememangnya m'jdi   FollowerNYA sejak azali lagi , t'lupa akn 'blog'NYA yakni  kitab suci AL-QURAN ..



Thanks for reading :)


Tuesday 28 February 2012 ? 0 Atashinchi ?

BETAPA BERATNYA MENJADI SEORANG LELAKI



Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-


LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.


2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!


3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 


4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT. 


WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.


2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.


3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.


4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.


5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


6. Wanita wajib taat kepada suaminya.


7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.


8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :


*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :


*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya


Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :


*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 




Mati hanya sekali 
Maka Jadikannya pada jalan Allah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Thanks for reading :)


Monday 27 February 2012 ? 0 Atashinchi ?
Siapa Kata Lelaki tak pernah Menangis?



Ketika Lelaki Menangis..

Siapa Kata Lelaki tak pernah Menangis?
bahkan kadang j
iwa dan hatinya lebih halus dari wanita
tersembunyi di balik kegagahan wajahnya

Mungkin ia tak pernah menampakan air mata itu di depanmu..
tapi yakinlah di saat engkau tidak tahu
di jejak dia berangkat kerja
atau dalam duduk tafakur setelah solatnya

kadang air mata itu tumpah
Kerana akal mendominasi jiwanya
maka yang kau temukan hanya kekerasan
tapi cuba kau tengok matanya

setelah ia mengimamkan solat tahajud malam itu
ada kilatan cahaya embun yang menitis dalam kekerasan…
atau ketika dia tertunduk letih
setelah berjam-jam mencari nafkah…

lihat sejenak mata itu…
maka mata adalah cermin jiwa…
Maka menangislah Umar bin Khattab ketika mengetahui ada rakyatnya yang kelaparan
sementara kita tahu, bagaimana tegasnya susuk sifat lelaki ini..
tapi air matanya pun tumpah..

Inilah Sifat Lelaki
sifat suami yang Allah menatapnya dengan kerinduan..
Mereka menjemput pagi dengan harapan
dan membawa malam dengan asa…..

Lihat lah Lelaki yang saat ini menjadi suamimu..
sesungguhnya Syurgamu
ada pada Keredhaan-Nya…..
Lihatlah lelaki yang Allah Mengatakan lewat lisan Nabi SAW kita..

“Barang siapa yang petang hari duduk kelelahan lantaran pekerjaan yang telah di lakukannya, maka dia dapatkan petang hari tersebut, dosa-dosanya di ampuni Allah SWT”

- (HR.Thabrani)

Merekalah Lelaki Soleh
yang menumpakan air matanya
seraya lisan dan hatinya berdoa…

“Ya Rabbana, berikanlah kebaikan untuk Isteri dan anak-anakku kelak.. Jadikanlah Mereka semua Kesenanganku di Syurga-Mu yang Maha Indah..”


Thanks for reading :)


Sunday 26 February 2012 ? 0 Atashinchi ?
DISEBALIK NAMA BEELZEBUB



Peminat anime mesti tak akan terlepas tgk Beelzebub. Dulu aku tgklah tp skrg tak sbb dh jarang tgk tv. Beelzebub mengisahkan Oga Tatsumi, gangster dkt Sekolah Tinggi Ishiyama. Pada suatu hari, dia terjumpa seorang lelaki dan badannya terbelah dua. Dalam badan tersebut keluar seorang bayi lelaki yg sgt comel.Sebenarnya bayi itu adalah anak kepada raja iblis dan dia dipilih untuk jaga bayi tersebut. Nama bayi itu ialah Beelzebub ataupun panggilannya Baby Beel atau sebutan dlm bhs Jepun iaitu Beru Bo.



Mula2 aku fikir nama Beelzebub hanya rekaan shj. Pasti ramai juga yg berfikir begitu. Tp, sbnrnya dlm agama Kristian, Beelzebub ialah salah seekor iblis drpd  Tujuh Putera Neraka. Mereka adalah tujuh iblis yg tertinggi di dalam neraka. Dlm agama Kristian juga Tujuh Putera Neraka mewakili tujuh maha dosaTerkejut?Terkedu? Sini aku senaraikan tujuh putera itu untuk pengetahuan korang beserta gambaran pelukis. Dalam kurungan ialah nama tujuh maha dosa yg mereka wakili.



1) Lucifer (Bangga diri)

2) Mammon (Tamak haloba)


3) Asmodeus (Hawa nafsu, iaitu nafsu seks)


4) Satan (Kemarahan)


5) Beelzebub (Kegelojohan)

6) Leviathan *bawah (Iri Hati)

7) Belphegor (Keangkuhan dan kemalasan)
















Thanks for reading :)


Follow me ! Go.go.go 



Thanks for reading :)


Tuesday 3 January 2012 ? 0 Atashinchi ?
Break-time(tenang jiwa)

T-ara(티아라) _ Cry Cry (MV Ver.2)







Read more »


Thanks for reading :)


Saturday 24 December 2011 ? 0 Atashinchi ?
saya suka maen dota .ok .fullstop !!!




I like damn much this GAME.....
wanna PLAY with me....really.?
don't be noob .k
plsss...no leaver
hahaha. LOL!





Thanks for reading :)




Older Post


// Forever Young-One Direction